Dekat mana nak simpan duit

 Low Risk Investment   App


Yang kita tahu yang selamat untuk invest ASB, TH, SSPN kan. Kali ni admin nak tambah 4 lagi tempat untuk save duit yang korang boleh rujuk. Semuanya boleh dapatkan di Playstore. 

1.Touch and go e-wallet (Go - invest) 

Hai, harini admin nak kongsi yang tng wallet dah boleh investing tak banyak pun korang tapi sapa ja yang nak bagi duit lebih kat kita. Korang just pergi kat e wallet tu and click button go-invest. Nanti dia akan tambah lah imbuhan dalam account korang sen-sen jelah. Tapi macam saya cakap tadi siapa nak bagi, kita hanya letak duit baki kita disitu dan diamkan aja. Sama macam konsep MMF lah piggy bank untuk orang dewasa. Tapi ingat tau, akaun e-wallet tu kena verify dulu baru dia kasi upgrade pada go-invest tu


2.Raiz Invest App

Selain daripada e-wallet, raiz app pun sama dia pakai duit baki kita tu and function lebih kurang e-wallet invest ni tadi. Senang je proses dia link kan card number bank kita. Duit kita tak bekurang pun cuma dia hanya tambahkan duit pada kita saja. Raiz app boleh tolong korang save duit & invest dengan mudah. Guna duit baki harian kita je tau. Masa korang tengah baca ni ada yang dah dapat RM200. kunci dia sabarlah. Dia macam tau2 kat poket ada duit. Gitu ler


3. Versa

Last sekali app versa. Dalam ni ada invest conventional dan patuh shariah. Korang pilih patuh shariahlah ye. For starters pilih yang low risklah, boleh letak minimun hanya RM10 sahaja. Konsep dia sama macam MMF Market Money Funding jugak 


4. Stashway

Extra app ni stashway. Mudah dan senang, dia jenis tinggal jugak tak perlu banyak pikiran. Tinggal dan harvest nanti. 


Duit lebih ni jangan pandang ja, buat. Orang lain buat dapat dah. Kunci dia kena sabar jelah. Duduk duit tu diam-diam biar dia beranak😆

Ulasan